Sunday, April 22, 2018

Langkah untuk ambil geran kereta daripada bank


Selamat pagi semua, selepas 9 tahun membayar ansuran pinjaman kereta (beli tahun 2009), akhirnya saya sudah sampai ke bayaran terakhir, sebenarnya saya tidak perasan yang pinjaman saya tinggal beberapa ratus sahaja, sehinggalah saya ke Bank Negara untuk mendapatkan laporan CCRIS, baru lah saya terperasan yang pinjaman tinggal RM200 lebih sahaja dan saya telah terawal bayar untuk 3 bulan. Untuk bayaran terakhir saya ke cawangan RHB yang terdekat dan selesaikan bayaran. Ini adalah langkah-langkah yang saya ambil untuk mendapatkan geran kereta daripada bank iaitu RHB bank.

1. Buat panggilan ke Pusat Panggilan RHB – 0392068118 tanya dimana geran anda berada (untuk kes saya, geran berada di RHB Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur). Operator bagi alamat emel untuk mohon geran dihantar ke cawangan yang terdekat – custserv.autofinop@rhbgroup.com RHB turut memberi saya nombor telefon cawangan di Kuala Lumpur tersebut (0322037535) untuk tanya tentang status permohonan kemudian nanti.

2. Hantar emel ke RHB, nyatakan niat (mengambil geran dan penghantaran ke cawangan yang berdekatan) dan perkara-perkara berikut :

a)      Nama
b)      No kereta
c)       No Kad Pengenalan
d)      Branch yang diingini untuk dihantar geran


3. RHB membalas emel bersama dengan salinan borang (dikepilkan) yang perlu diisi dan senarai bayaran yang akan dikenakan.

4. Isi borang yang diberi dan hantar kembali ke RHB (emel), RHB turut menandakan tempat yang perlu diisi.

5. RHB membalas emel dengan disertakan ‘cc’ ke cawangan yang dipilih. RHB menyatakan yang geran telah dihantar ke cawangan (dalam perjalanan), beserta no rujukan pos laju dan arahan kepada cawangan untuk memberitahu kepada pelanggan untuk ambil geran apabila geran sampai di cawangan kemudian nanti.

6. Tunggu panggilan daripada cawangan.

7. Terima panggilan dari cawangan untuk mengambil geran di bank. Bawa bersama kad pengenalan dan wang bayaran.

8. Pergi ke cawangan tersebut, ambil geran. Siap!

Keseluruhan proses mengambil masa dalam 1-2 minggu.

*saya berusaha sedaya upaya untuk menggunakan Bahasa Malaysia untuk posting ini. Susah sebab ayat dan perkataan yang difikirkan adalah dalam Bahasa Inggeris.

5 comments:

  1. Salam sis..nak tanya la, saya pun baru nak buat permohonan geran .maksudnya yg registration card tu adalah geran la ye..

    ReplyDelete
  2. Dgn rhb selagi tak buat full settlement takleh ambil geran...leceh betu...
    Bank yang lain boleh je amik geran awal walaupun baki setahun lagi

    ReplyDelete