Untuk PRU ke-14 yang lepas, saya telah mendaftar sebagai
petugas undi sebagai Kerani Penyemak Daftar Pengundi means yang saya tidak akan
mengundi di hari mengundi yang di tetapkan. So disebabkan itu saya decide nak
mengundi secara pos, rugilah tak mengundi kan.
Ini adalah langkah-langkah yang saya ambil untuk mendaftar
dan mengundi secara pos.
- Bila tarikh mengundi dah di umumkan, download n print borang undi pos di laman web spr. Borang IA-Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Dalam Negara). Borang ni isi Bahagian A dan B sahaja. Untuk ingatan alamat yang anda isi hendaklah alamat yang valid dan boleh menerima surat (alamat surat menyurat)sebab surat undi akan dihantar secara berdaftar. Letak alamat pejabat pon boleh asalkan ada penerima.
- Bila dah siap isi borang tersebut, hantar borang nya ke Pegawai Pengurus di tempat anda mengundi. Contoh kalau saya mengundi di Parlimen Shah Alam, so saya kena hantar di Pejabat Pegawai Pengurus di Shah Alam. Anda boleh telefon SPR untuk mendapatkan kepastian dimana Pejabat Pegawai Pengurus kawasan anda.
- Apabila dah hantar Borang, apa yang anda boleh buat sekarang adalah menunggu sehingga Surat Undi Pos sampai.
- Seperti yang saya jelaskan diatas, Surat Undi Pos dihantar secara berdaftar. Apabila dah dapat Surat tersebut, buka dan anda akan dapati ada dua sampul surat bertanda ‘B’. Parlimen (sampul putih) dan Negeri (sampul Pink). Didalam setiap sampul tersebut terdapat satu sampul kecil bertanda ‘A’ dan Borang 2 – Perisytiharan Identiti – sebelah belakang ada Arahan Kepada Pengundi. Sampul kecil bertanda ‘A’ didalamnya terdapat kertas undi untuk Parlimen dan negeri. Isi borang 2 tersebut dan tanda kertas undi mengikut kesukaan hati masing-masing. Borang Perisytiharan Identiti ni untuk bahagian saksi, sesapa je boleh sign, untuk kes saya,saya paksa adik saya jadi saksi, hehehe
- Masuk kan balik kertas undi tersebut kedalam sampul kecil, dan masukkan sampul kecil tersebut bersama Borang Pengiytiharan kedalam sampul besar mengikut parlimen atau negeri.
- Gamkan sampul tersebut.
- Pergi ke Pejabat Pos terdekat atau ke Pegawai Pengurus.
- Tanya kepada kerani pejabat pos kaunter untuk hantar undi pos. Pergi ke kaunter tersebut dan hantar sahaja kepada kerani tersebut.
- Siap.
![]() |
| Ada Dua Sampul, Parlimen dan Negeri |
![]() |
| Setiap sampul mengandungi Borang Pengiytiharan dan kertas undi |



No comments:
Post a Comment