Nak pergi Bank Negara bagi aku memang seksa, kena naik tren
dari shah alam, menunggu tren sahaja kena sejam, naik tren sejam pastu kena
tunggu lagi amek masa sejam. Pegi balik sahaja dah amik masa almost 4 hours at
least. Sedangkan proses di bank Negara tu hanya mengambil masa tak sampai 5
minit pon. So disebabkan aku nak mohon rumah selangorku kena ada laporan ccris,
terpaksa la aku menabahkan diri ke bank Negara sekali lagi tetapi kali ni aku dah
bertekad untuk mendaftar sekali untuk permohonan secara online, since aku ada
terbaca di akhbar yang sekarang dah boleh print laporan ccris melalui online.
So this is my step untuk daftar dan print laporan secara online dari laman web
bank Negara.
Daftar di bank Negara.
Yes dearie, first of all semua kena daftar di bank Negara
ye. So pergi lah ke bank Negara.
- Di Bank Negara, pergi ke kiosk yang ada disediakan.
- Update kan no fon anda di kiosk.
- No. pin secara automatic akan dihantar ke telefon anda.
Daftar di laman web bank Negara,
- Masuk ke laman web eccris – eccris.bnm.gov.my
- Pilih first time login
- Masukkan no i/c dan no. pin yang dah dihantar ke telefon anda
- Click submit
- Ikut arahan yang seterusnya
Print laporan ccris
- Masuk laman web ccris
- Masukkan no. id -> next
- Security picture n id -> Yes
- Masukkan password -> Login
- Pilih tab enquiry
- Self enquiry-individual
- Pilih butang I agree
- Pilih report enquiry
- Download.
Untuk bukak file, masukkan password ikut format seperti
berikut :
- Date of report – cth 01 Jan 2017
- First 3-characters of user id – cth abc
- So the password is – 01Jan2017abc
No comments:
Post a Comment