Tuesday, June 16, 2020

Cyst Removal – My Experience


Aku memang sejak berkurun lama memang dah ada bonggol ni, tak boleh nak bagi tahu sejak biler, memang tetiba je dah ada. Maybe dalam 5 tahun? Aku tak tahu di adalah cyst sebab tulah aku pangggil mende alah ni bonggol. Dia tumbuh di belakang leher aku. sebelah kanan. Semenjak aku perasan mende ni ada, aku selalu raba, n aku perasan yang dia semakin membesar, tidak sakit or bengkak. Aku cuba-cuba buat research bodo aku kat mr google, turn out mende ni tak merbahaya, sebab tu aku selamba n buat tak tahu jer dan ia langsung tak sakit. Dia memang semakin membesar cuma sangat lambat. By the end of 2018 and early 2019 aku perasan yang ia dah membesar daripada susah nak nampak kepada semakin ketara and im also getting worrier. Dengan dengar pelbagai cerita tentang kanser and what so ever, makin  stress aku dibuatnya.

Dah banyak kali fara urge aku pergi klinik check, tapi aku selalu mengelak n bagi alasan. Then 1 day aku decide pergi klinik, so pergi la klinik baharuddin kat seksyen 2 tu. Doc kata bonggol ni adalah sebenarnya cyst, to be exact adalah sebaceous cyst. Doc kata tak membahaya n tak buang pon takpe. Dia bagi referel letter incase aku nak pergi hospital buang. Dah doc kata tak membahaya lagi la aku buat tak tahu, walaupun ada di sudut hati sedikit risau.

Sebab nak sedapkan hati, konon-konon klau tetiba rasa nak buang, aku cuba la cari hospital mana yang cover insuran yang aku ada, siap buat analisis mengikut jenis insurance. Nak dijadikan cerita hari isnin minggu tu aku dah start rasa tak selesa kt bonggol tersayang, rasa sakit n ada tompok merah kt tepi bonggol. Mula-mula aku rasa mungkin aku salah tidur, tergaru ke or jerawat tumbuh, so aku decide to give it one to two more days. Sampai la ke hari khamis, sakitnya masih tak kurang. Aku plak ada kursus hari jumaat sampai ahad. so memang tak sempat nak pergi hospital. Sepanjang kursus aku menahan sakit, n bonggol tu dah membengkak jadi double the size. Aku tahu aku kena gi hospital by that time tapi disebabkan tengah kursus, jauh plak tu kat kuala selangor, aku tahan kan jer sakitnya. Balik kursus malam isnin selepas balik kje aku pergi hospital bawak sekali referral letter dari klinik baharuddin ritu, ditemankan fara, adda, kakde, abg jai n fawaz also. gi avisena, doc kta cyst tu dh kna infection bernanah n kena operate cepat. Terkejut aku, sebab aku ingat klau pegi hospital pon maybe doc akan bagi ubat kurangkan bengkak n tahan sakit. Tak ku sangka rupanya kena infection. Tetapi avisena time tu takde wad kosong, so doc avisena suh pergi hosp lain n dia bagi referral letter. So dari avisena malam tu jugak terus ke kpj Selangor, aku dapat fast lane, nasib baik aku dapat wad. Guna insurans cuepacscare. Nebes masa duk kt bilik menuggu tu tak hinngat, sebab aku tak pernah masuk hospital n terus nk kena operate. Punya la lama nak tunggu pelepasan insurans, pukul 2.30 pagi baru dapat masuk wad. Alhamdullih permohonan untuk insurance senang sangat, semua hospital yang uruskan, aku tinggal bagi kad insurance n sign borang. Schedule operation kul 9.30 pagi esoknya. Berdebar tak tahu macam mana nak cakap, masa baring atas stretcher nurse tolak ke ruang menunggu bilik bedah, takut giler, aku dah la x pernah masuk hospital. Lama gak aku tunggu turn adalah dalam setengah jam. Doc aniseatic datang perkenalkan diri, sebab aku pilih full bius kasi pengsan. Masuk je bilik bedah aku tak tahu macam mana nak rasa, adalah dalam 4-5 orang dalam tu. Dah baring atas katil bedah, dia suruh aku tanggal kan baju sampai betul2 atas dada, ya Allah malunya tak hingat sebab ada doc n nurse lelaki, tapi terpaksa merelakan. Then doc aniseatic bagi injection kt tangan, dua tiga saat okey lagi, lepas 5 saat dah rasa len macam berat mata, pastu dia bagi oksigen letak kat muka, terus pengsan. Tahu-tahu aku terjaga masa nurse kejutkan masa tengah tolak aku keluar dari bilik bedah. Masa tu aku confuse giler, yelah sebab x sedar apa-apa. Tengah mamai tu aku sempat lagi tanya kat nurse tu berapa lama operation, dia kata kejap je 10 minit. Pastu aku cakap sakit, dia kta nanti dia bagi ubat tahan sakit. Pastu dia letak kat bilik menunggu, nurse nya ulang-alik datang cek aku ok ke tak, tunggu nurse wad datang amik balik. Surprisingly baju yang aku tanggal tadi dah kemas terpakai, eii macam mana la dia pakaikan baju tu, tak sanggup nak bayangkan, mesti terdedah sana sini.

So stay la aku kat dalam wad lagi sehari, sok nya lepas doc dtg cek luka n tukar pembalut, aku dah boleh discaj, dalam pukul 3 petang gitu. 3-4 hari pertama memang tak selesa sebab lukanya belakang leher, nak baring susah. Nak gerakkan leher pon tak boleh over, rasa stiff sangat leher. Seminggu lepas discaj, appointment ngn  doc, tanggalkan jahitan, damn sakit giler masa dia gunting, tujuh jahitan gais. Masuk dua minggu luka dah okay tapi rasa sakit sikit kt tempat luka. Genap sebulan, aku pulih seperti sediakala, tapi berparut kat belakang leher panjang plak tu, buruk giler. Takper yang penting aku dah sihat. Alhamdulillah. Total operation n wad rm 7000++, aku bayar dalam rm80++ jer, selebihnya insurance bayar. Seb baik ada amik insurance. Alhamdulillah lagi sekali. Appointment susulan aku kena rm100++. So total aku bayar rm180++. Deposit masuk wad kena bayar rm300 tapi dapat balik lepas kuar wad.

Tuesday, May 7, 2019

Rumah Selangorku - De Cendana, Setia Alam



Tahun ni saya berkesempatan memohon rumah Selangorku setelah di’banned’oleh LPHS hampir 10 tahun. Ye 10 tahun aku fight dgn LPHS untuk membolehkan aku mendaftar kembali. Tahun ni fight tu berakhir apabila abg ipar aku pergi mengamuk kat LPHS, terima kasih bro.

Bila boleh je mendaftar terus aku buat pendaftaran online LPHS (awal Mac 2018). Masa tu aku pilih Daerah Petaling dan Mukim Petaling. Siap upload semua dokumen yang diperlukan dan tunggu, tunggu n tunggu.

Kebetulan salah sorang ex-bos aku post gambar di setia alam tentang pembukaan projek baru bwh LPHS (De Cendana, Setia Alam). Terus aku call no setia alam tanya pasal projek tersebut. Staff Setia Alam minta aku ubah permohonan aku di laman web LPHS kalau aku nak mohon rumah tersebut. Tukar ke Daerah Petaling Mukim Bukit Raja.

Few weeks lepas aku ubah online, aku dapat email dr LPHS (13/8/2018) panggilan untuk Tarik undi n pendaftaran rumah di setia alam tersebut, alhamdulillah.

26/8/2018 - aku ditemani fara (because im a scaredycat) pergi ke Setia Alam(pemaju). Ikut semua step yang ditetapkan, bawak semua dokumen yang diperlukan n money of coz untuk deposit. Alhamdulillah tarik undi aku dapat tingkat 4 daripada 12 tingkat, tak terlalu tinggi n tak terlalu rendah. Buat pendaftaran dengan wakil LPHS, Pemaju n Pejabat Lawyer, tandatangan situ sini n bayar deposit (RM1k). N also mention nak buat loan kerajaan negeri.

17/9/2018 - Disebabkan aku nak buat loan kerajaan negeri, pihak pemaju bersama dengan wakil pejabat lawyer panggil untuk datang ke Setia Alam untuk sign SPA n Deed of Mutual Covernance. Kalau buat loan bank diorang sign spa lpas loan diluluskan, tapi loan gov kna sign spa dlu baru buat permohanan pinjaman perumahan kerajaan, prosesnya terbalik. Nasihat aku untuk proses men’sign’ ni, buat exercise tangan dlu n pastikan sign anda sangat ringkas, kalau boleh satu huruf saja, coz it will be lots n lots of signing, halfway throught aku meyesal sbb sign aku guna 4 huruf, penat. Kna sign setiap page, depan belakang. Bertabahlah.

3/11/2018 – Pergi Setia Alam ambil SPA yang sudah siap di sign pemaju dan dimatikan setem. Once dh dpt SPA sudah boleh mulakan permohonan pinjaman perumahan kerajaan negeri. Since loan gov negeri n loan gov federal lain, so ada beberapa dokumen yang kena minta dari pej. Lawyer n pemaju (Setia Alam).
Untuk detail macam mana nak isi borang n apa kena buat bila mohon loan gov negeri, aku akn cerita detail dlm next entry.

5/12/2018 - Bila semua dokumen yang diperlukan sudah ada, tandatangan orang yang sepatutnya sudah dapat, bleh terus hantar dokumen ke bahagian pinjaman perumahan. Diorang akan cek samada semua dokumen lengkap. Diorang akan keluarkan satu surat tentang kelulusan pinjaman perumahan tersebut.

12/2/2019 - Dapat surat kelulusan dari bahagian pinjaman perumahan, maknanya pinjaman perumahan anda telah berjaya. Urusan di BPP dah tamat.

13/2/2019 – Hantar Surat Kelulusan Pinjaman ke Pejabat Peguam

5/3/2019 - Pejabat peguam panggil datang untuk tandatangan agreement dan buat bayaran guaman. Aku kena rm2.3k. so siap2kan lah duitnya.

6/3/2019 – Buat bayaran guaman melalui internet banking dan email bukti bayaran ke pejabat peguam. Bila dah buat bayaran ke pejabat peguam ni, urusan di pejabat peguam dah tamat.

Every now and then anda akan dapt surat (bayaran dan sijil) dari ejen insuran yang dipilih (Takaful Malaysia). Tak perlu buat apa2, sebagai makluman sahaja. Juga surat (invois) dari pemaju berkaitan pemakluman bayaran dan tahap-tahap pembinaan. Yang ni pon tak perlu tindakan apa2 Cuma makluman.

Aku akan start buat bayaran balik pinjaman (melalui potongan gaji) apabila dah dapat kunci rumah nanti. Insyaallah rumah dijangka siap tahun 2021.

Sunday, July 15, 2018

How to Print CCRIS report dari laman web Bank Negara



Nak pergi Bank Negara bagi aku memang seksa, kena naik tren dari shah alam, menunggu tren sahaja kena sejam, naik tren sejam pastu kena tunggu lagi amek masa sejam. Pegi balik sahaja dah amik masa almost 4 hours at least. Sedangkan proses di bank Negara tu hanya mengambil masa tak sampai 5 minit pon. So disebabkan aku nak mohon rumah selangorku kena ada laporan ccris, terpaksa la aku menabahkan diri ke bank Negara sekali lagi tetapi kali ni aku dah bertekad untuk mendaftar sekali untuk permohonan secara online, since aku ada terbaca di akhbar yang sekarang dah boleh print laporan ccris melalui online. So this is my step untuk daftar dan print laporan secara online dari laman web bank Negara.

Daftar di bank Negara.

Yes dearie, first of all semua kena daftar di bank Negara ye. So pergi lah ke bank Negara.
  1. Di Bank Negara, pergi ke kiosk yang ada disediakan.
  2. Update kan no fon anda di kiosk.
  3. No. pin secara automatic akan dihantar ke telefon anda.

Daftar di laman web bank Negara,

  1. Masuk ke laman web eccris – eccris.bnm.gov.my
  2. Pilih first time login
  3. Masukkan no i/c dan no. pin yang dah dihantar ke telefon anda
  4. Click submit
  5. Ikut arahan yang seterusnya

Print laporan ccris
  1. Masuk laman web ccris
  2. Masukkan no. id -> next
  3. Security picture n id -> Yes
  4. Masukkan password  -> Login
  5. Pilih tab enquiry
  6. Self enquiry-individual
  7. Pilih butang I agree
  8. Pilih report enquiry
  9. Download.

Untuk bukak file, masukkan password ikut format seperti berikut :

  1. Date of report – cth 01 Jan 2017
  2. First 3-characters of user id – cth abc
  3. So the password is – 01Jan2017abc


Tuesday, May 22, 2018

Langkah-langkah mengundi pos.


Untuk PRU ke-14 yang lepas, saya telah mendaftar sebagai petugas undi sebagai Kerani Penyemak Daftar Pengundi means yang saya tidak akan mengundi di hari mengundi yang di tetapkan. So disebabkan itu saya decide nak mengundi secara pos, rugilah tak mengundi kan.

Ini adalah langkah-langkah yang saya ambil untuk mendaftar dan mengundi secara pos.
  1. Bila tarikh mengundi dah di umumkan, download n print borang undi pos di laman web spr. Borang IA-Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Dalam Negara). Borang ni isi Bahagian A dan B sahaja. Untuk ingatan alamat yang anda isi hendaklah alamat yang valid dan boleh menerima surat (alamat surat menyurat)sebab surat undi akan dihantar secara berdaftar. Letak alamat pejabat pon boleh asalkan ada penerima.
  2. Bila dah siap isi borang tersebut, hantar borang nya ke Pegawai Pengurus di tempat anda mengundi. Contoh kalau saya mengundi di Parlimen Shah Alam, so saya kena hantar di Pejabat Pegawai Pengurus di Shah Alam. Anda boleh telefon SPR untuk mendapatkan kepastian dimana Pejabat Pegawai Pengurus kawasan anda.
  3. Apabila dah hantar Borang, apa yang anda boleh buat sekarang adalah menunggu sehingga Surat Undi Pos sampai.
  4. Seperti yang saya jelaskan diatas, Surat Undi Pos dihantar secara berdaftar. Apabila dah dapat Surat tersebut, buka dan anda akan dapati ada dua sampul surat bertanda ‘B’. Parlimen (sampul putih) dan Negeri (sampul Pink). Didalam setiap sampul tersebut terdapat satu sampul kecil bertanda ‘A’ dan Borang 2 – Perisytiharan Identiti – sebelah belakang ada Arahan Kepada Pengundi. Sampul kecil bertanda ‘A’ didalamnya terdapat kertas undi untuk Parlimen dan negeri. Isi borang 2 tersebut dan tanda kertas undi mengikut kesukaan hati masing-masing. Borang  Perisytiharan Identiti ni untuk bahagian saksi, sesapa je boleh sign, untuk kes saya,saya paksa adik saya jadi saksi, hehehe
  5. Masuk kan balik kertas undi tersebut kedalam sampul kecil, dan masukkan sampul kecil tersebut bersama Borang Pengiytiharan kedalam sampul besar mengikut parlimen atau negeri.
  6. Gamkan sampul tersebut.
  7. Pergi ke Pejabat Pos terdekat atau ke Pegawai Pengurus.
  8. Tanya kepada kerani pejabat pos kaunter untuk hantar undi pos. Pergi ke kaunter tersebut dan hantar sahaja kepada kerani tersebut.
  9. Siap.
Senang kan?
Ni Pos Berdaftar yang saya terima

Ada Dua Sampul, Parlimen dan Negeri

Setiap sampul mengandungi Borang Pengiytiharan dan kertas undi



Sunday, April 22, 2018

Langkah untuk ambil geran kereta daripada bank


Selamat pagi semua, selepas 9 tahun membayar ansuran pinjaman kereta (beli tahun 2009), akhirnya saya sudah sampai ke bayaran terakhir, sebenarnya saya tidak perasan yang pinjaman saya tinggal beberapa ratus sahaja, sehinggalah saya ke Bank Negara untuk mendapatkan laporan CCRIS, baru lah saya terperasan yang pinjaman tinggal RM200 lebih sahaja dan saya telah terawal bayar untuk 3 bulan. Untuk bayaran terakhir saya ke cawangan RHB yang terdekat dan selesaikan bayaran. Ini adalah langkah-langkah yang saya ambil untuk mendapatkan geran kereta daripada bank iaitu RHB bank.

1. Buat panggilan ke Pusat Panggilan RHB – 0392068118 tanya dimana geran anda berada (untuk kes saya, geran berada di RHB Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur). Operator bagi alamat emel untuk mohon geran dihantar ke cawangan yang terdekat – custserv.autofinop@rhbgroup.com RHB turut memberi saya nombor telefon cawangan di Kuala Lumpur tersebut (0322037535) untuk tanya tentang status permohonan kemudian nanti.

2. Hantar emel ke RHB, nyatakan niat (mengambil geran dan penghantaran ke cawangan yang berdekatan) dan perkara-perkara berikut :

a)      Nama
b)      No kereta
c)       No Kad Pengenalan
d)      Branch yang diingini untuk dihantar geran


3. RHB membalas emel bersama dengan salinan borang (dikepilkan) yang perlu diisi dan senarai bayaran yang akan dikenakan.

4. Isi borang yang diberi dan hantar kembali ke RHB (emel), RHB turut menandakan tempat yang perlu diisi.

5. RHB membalas emel dengan disertakan ‘cc’ ke cawangan yang dipilih. RHB menyatakan yang geran telah dihantar ke cawangan (dalam perjalanan), beserta no rujukan pos laju dan arahan kepada cawangan untuk memberitahu kepada pelanggan untuk ambil geran apabila geran sampai di cawangan kemudian nanti.

6. Tunggu panggilan daripada cawangan.

7. Terima panggilan dari cawangan untuk mengambil geran di bank. Bawa bersama kad pengenalan dan wang bayaran.

8. Pergi ke cawangan tersebut, ambil geran. Siap!

Keseluruhan proses mengambil masa dalam 1-2 minggu.

*saya berusaha sedaya upaya untuk menggunakan Bahasa Malaysia untuk posting ini. Susah sebab ayat dan perkataan yang difikirkan adalah dalam Bahasa Inggeris.